Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”
firstly let me introduce myself. Im a girl, 16 and a Muslim. sekolah agama sampai darjah khas tapi dapat SAA je. MRSM 2 tahun. berbekalkan ilmu yang serba kekurangan ni I would like to tegur sikap certain people yang sangat jelek dipandang. aku memang tak layak, tapi aku rase point aku boleh dipertimbangkan.
so, dear readers. korang ade twitter? takyah ade twitter pun takpe sebab benda ni dah masuk dekat fb pun. biase lah kan cerita twitter, fb nak tau gak. k korang tau pasal Tengku Sofia? tahu pasal dia kutuk Islam? tahu dia cakap Allah SWTF? air zamzam tu air kencing, tau tau? tak tau meh sini aku bagitau. okay lepas korang bace tu ape dalam otak korang? mesti macam WTF?! k tu satu dah dapat dosa mencarut. lepastu korang maki maki maki dia, dapat lagi dosa mencarut. lepastu kau kutuk agama dia, dapat lagi dosa. lepastu kau sebarkan cerita pasal dia, kau sebarkan pasal dia kutuk Islam, dapat lagi dosa. seriously, sepanjang hayat korang hidup atas muka bumi as orang Islam, ada korang belajar dekat mana mana yg cakap kita tak dapat dosa kalau memaki hamun tu bertujuan untuk mempertahankan Islam? ada? jangan berlagak askar kalau pedang tak tau di asah. jangan nak jadi ahli tahu kalau ilmu ada tapi tak tau nak diperguna. daripada korang mengutuk dia tu, ade lagi baik korang doa mintak Allah pertahankan Islam, mintak Allah tetapkan iman kita kan? seriously, orang yang mengutuk Tengku Sofia ni lebih memalukan dari Tengku Sofia tu sendiri because, korang yakin Tengku Sofia tu betul betul wujud? and kalau dia wujud, dia kutuk agama Islam, bukan agama dia. kita yang memaki hamun dia ni dah menunjukkan imej yang sangat buruk terhadap Islam. tak malu bila mata dunia tengok perangai orang Islam. sudahlah, dunia akhir zaman ni pelbagai cara orang kafir buat nak jatuhkan Islam, nak memecah belah kan negara Islam, tapi kita sebagai umat Islam ni tak boleh pikir dengan akal fikiran yang Allah dah kurniakan ke? lebih baik kita doa untuk diri kita sendiri agar tak terlibat dalam golongan manusia macam tu.
kedua, semua dah tahu pasal rantai owl dikaitkan dengan freemanson kan? ape yang nak diperdebatkan? bukan ke senang kita buang je rantai tu? sayang? sayang nak buang rantai yang tak sampai RM20 tu? okay. sebab sayang RM20, sanggup berdebat sesame sedare seIslam, macamtu? tengoklah betapa ceteknya ilmu umat Islam sekarang. ni lah kesan ponteng sekolah agama dulu kan dah tak tau nak menilai, dah tak tau nak buat keputusan. okay, apa jua berbentuk benda hidup memang sah semua orang tau tak boleh guna. jadi tak perlu diperdebatkan pasal freemanson, ade atau tidak ada nya kena mengena antara rantai owl tu dengan freemanson, hukumnya tetap berdosa kalau kita pakai. jadi? masih nak berdebat? tak sedar lagi propaganda orang bukan Islam nak menjatuhkan umat Islam. bukak mata, pandang sekeliling. jangan terus ditindas oleh propaganda dorang ni. lama lama, bukan negara je dorang takluk, diri kita pun lama lama ditakluk oleh jajahan orang bukan Islam ni.
third, sekarang while Im blogging, ada 2 jejaka berilmu sedang berdebat di twitter pasal Islam dan freemanson. tengok pada tweet dorang, memang dorang berilmu, dengan niat baik sorang nak sedarkan yg sorang, yg sorang lagi nak menegakkan pendirian. boleh, memang tak salah. tapi kat sini dah tunjuk bukti kan propaganda ini berjaya memusuhkan 2 umat Islam. sesungguhnya Rasulullah SAW melarang umat Islam mengutuk sesama sendiri.
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Ini je kot huraian dari pihak aku yang cetek ilmu pengetahuannya. mungkin ada yang terlebih, mungkin ada yang terkurang. maklum lah, aku ni manusia biase, bukan maksum. tapi niat dekat sini cuma nak sedarkan yang masih lalai, ini semua permainan dunia. kita ade akhirat. sesame Islam kita menegur yang mane lebih yang mane kurang. mungkin aku tak layak nak berkata kata based on diri aku sendiri yg memang banyak cacat celanya tapi kalau apa yang aku buat ni dapat membuka mata sekurang kurangnya 1 umat Islam, itu dah cukup untuk aku. yes, aku baru 16 aku belum layak untuk menegur. tapi aku rase tak salahkan? kalau ada yang nak menegur salah silap aku dekat sini, sangat dialu alukan sebab Agama bukan mainan. banyak lagi yang aku tak tau. sila lah follow aku dekat twitter @lyssaAli kalau rase nak share ilmu ke nak menegur.
peh aku ayat dah macam ahli parlimen lah seh haha gomo lysa gomo hehe dah lah Assalamualaikum
Loves,
Lysaa ♥